Kuching - Skuad 10-pin boling Sarawak dijangka akan menghadapi saingan sengit dalam usaha membawa balik jumlah pingat emas yang sederhana di temasya Sukan Malaysia ke-19 (Sukma XIX) Perak yang akan berlangsung pada 15 hingga 21 September nanti.

Skuad Sarawak akan mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan dan perlawanan akan diadakan di Ampang Superbowl, Ipoh Parade yang akan menyaksikan saingan sengit diantara negeri negeri yang mengambil bahagian.

Pada Sukma 2016 yang lalu, skuad Sarawak telah berjaya memenangi 12 pingat emas dalam acara 10-pin boling dan sekaligus merebut gelaran juara keseluruhan namun ramai diantara pemain senior tidak akan mengambil bahagian disebabkan faktor had umur.

Pada Sukma XIX ini, skuad Sarawak akan diwakili oleh Christopher Tiong, Brandon Ting, Gordon Tsen, Abner Loo, Mohd Uzair Irsyad, Abang Afiq Yazid, Dyg Yumi Azreen, Asya Dania, Nur Aina Kamalia, Gillian Lim, Nur Haziqah Ramli dan Nur Hazirah Ramli.