Kuching - Sarawak cukup is optimistik dengan sasaran 77 pingat emas yang hendak dimenangi di temasya Sukan Malaysia ke-19 (Sukma XIX) yang membolehkan kontinjen negeri merangkul gelaran juara keseluruhan di Perak nanti. on Sept 11 to 22.

Ini dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak (MTACYS), YB Datuk Abdul Karim Hamzah mengenai persiapan rapi yang telah dibuat terhadap kontinjen negeri yang diwakili oleh 700 orang atlet.

Menurut beliau, ini termasuk latihan sistematik, sesi pendedahan diluar negeri dan juga penganjuran Sukan Sarawak (SukSar) yang diadakan semula demi mencungkil bakat bakat dari seluruh negeri.

Tambahnya lagi, sasaran kutipan pingat emas juga bertindak sebagai tanda aras yang baik untuk kesemua atlet Sarawak yang bersama sama berusaha untuk membawa balik gelaran juara Sukma XIX nanti.

Beliau menaruh kepercayaan bahawa sasaran tersebut boleh dicapai oleh kerana atlet atlet kontinjen Sarawak akan mengambil bahagian dalam kesemua 29 acara sukan yang akan dipertandingakan di Sukma XIX dari 11 hingga 21September nanti.

Antara sukan yang berkemungkinan menyumbang pungutan pingat emas ialah 10-pin boling, taekwando, wushu, ragbi 7-sebelah wanita dan angkat berat.

Beliau turut mengumumkan tentang majlis penyerahan rasmi bendera negeri Sarawak yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada Chief-de-Mission (CDM) iaitu YB Datuk Snowdan Lawan pada September 8 nanti di Century Hotel Kuching.

Ketua Menteri Sarawak akan turut menyertai atlet atlet kontinjen di Ipoh, Perak pada majlis makan tengahari disana pada 17 September ini sambil melawat beberapa gelanggang pertandingan Sukma XIX.