Kuching - Pasukan menembak Sarawak akan mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan di temasya Sukan Malaysia ke-19 (Sukma XIX) Perak yang berlangsung Lapangan Sasar Amanjaya, Chepor Perak pada 15 hingga 21 September.

Antara acara yang akan diambil kelak ialah bahagian individu dan berkumpulan 25M Standard Pistol, 25M Sports Pistol, 10M Air Pistol, 10M Air Rifle, 50M Rifle Prone dan 50M Rifle 3 Position.

Penembak senior Sarawak yang turut mengambil bahagian ialah Delphine Chung Qi, Stephanie Sim Shu Ming dan Beatrice Thiedora yang pernah bertanding di Sukma 2016 dalam acara 10M Air Pistol berpasukan dan mendapat pingat gangsa.

Sarawak turut menaruh harapan pada penembak senior, Lim Yee Qi dan Siti Nur Aisyah Mazlan yang akan mengambil bahagian dalam acara 50m rifle wanita berpasukan dimana pada temasya Sukma 2016 lalu mereka pernah mendapat pingat gangsa bersama bekas rakan sepasukan, Nur Firzanah Maisah.

Pasukan lelaki Sarawak akan diwakili oleh Heffsaren Ak Henry, Lim Hong Yang, Tedules Ak Baron, Sim Dong Hao, Radzinki Ak Mathew  Ben Richardson Ak Lises, Ahmad Hairul Nizam Bin Ahmad Rodzli, Joseph Chai, Muhammad Nurzulfiqar Bin Mohd Zulkifli, Ryan Chang Kai Boon, Alferon Ak Bladae dan Denilson Felix Ak Letar.

Pasukan wanita Sarawak akan diwakili oleh Stephanie Sim Shu Ming, Beatrice Thieadora Lises, Delphine Chung Qi, Siti Nurzulaikha Mohd Zulkifli, Arshielda Hanggi Ak Auther Hardy, Florence Angelina Ak Frederick, Selina Sim Shu Siang, Siti Nuraisya Bt Mazlan, Evelyn Jihon Ak Issac, Lim Yee Qi, Erica Heather Chai, Michell Ak Rinyin dan Daphanie Adrienne Steven.