SejarahSejarah


Sukan Sarawak (SUKSAR)

Kali terakhir Sukan Sarawak (SUKSAR) telah diadakan di negeri ini adalah pada tahun 1990. pada masa itu, SukSar telah dianggap sebagai temasya sukan terbesar di Bumi Kenyalang dan ianya bertujuan untuk memberi peluang yang baik kepada atlet muda tempatan untuk mempamerkan bakat dan potensi mereka. 

Penganjuran SukSar pada tahun 1990 juga bersempena anjuran Sukan Malaysia 1990 atau SUKMA di mana Sarawak telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pada tahun tersebut. 

Edisi ke-3 SUKMA tersebut juga yang terulung diadakan di luar Semenanjung dan Sarawak menjadi juara keseluruhan pada tahun 1990. Selepas 27 tahunia tidak diadakan, penganjuran SukSar kini turut dipuji oleh pengiat sukan tempatan sebagai langkah ke hadapan untuk mencapai visi Sarawak sebagai kuasa sukan di negara ini.