Rasional LogoRasional Logo

 

Rekabentuk logo temasya Sukan Sarawak (SukSar) adalah menarik kerana ianya melambangkan semangat dan kegigihan atlet atlet yang berusaha mencapai visi Sarawak sebagai kuasa sukan dinegara Malaysia.

Lambang "S" yang terselah turut mengambarkan semangat sukan yang tinggi (sportsmanship) manakala rupa bentuk manusia seolah olah memegang obor menunjukkan kegigihan dan keberanian para atlet yang berentap.

Rekabentuk orang yang mengangkat tangan juga melambangkan suasana dan kemeriahan para atlet yang mengambil bahagian dalam temasya SukSar yang disertai oleh golongan remaja yang penuh bertenaga dan stamina.

Tiga warna yang dipilih dalam rekabentuk logo SukSar juga mewakili warna warna rasmi negeri Sarawak iaitu hitam, kuning dan merah.